Latest News

Sunday 8 March 2015

Kerajaan Kedah Terus Beri Sokongan Kepada Kolej Universiti INSANIAH - DSMM



Demi memastikan hasrat Kerajaan negeri Kedah untuk menjadikan Kolej Universiti INSANIAH menjadi sebuah Universiti Penuh dalam tempoh dua tahun atau selewat-lewatnya penghujung tahun 2016, Kerajaan negeri terus menyokong Kolej ini dan jelas terbukti apabila tahun 2015 sebanyak RM66 juta telah diperuntukan kepada insaniah untuk perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus.

Dalam ucapan semasa majlis Istiadat pemasyhuran Pro canselor 1 dan Konvokesyen ke 16 di Koleh Universiti Insaniah Kuala Ketil, Menteri Besar Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan kepada semua untuk terus memberi komitmen yang tinggi serta perhatian yang serius dalam memperkasakan sistem pendidikan yang seimabang di negeri Kedah.

Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan penuh kepada Kolej Universiti Insaniah di atas segala usaha ke arah menjadikan ia sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang unggul dan disegani dirantau ini. 

" Saya yakin dengan kepimpinan Rektornya Datuk Mohd Yusof b. Kasim untuk merealisasikan usaha murni ini menerusi perancangan memperkasakan kemajuan akademik dan pembangunan kemanusiaan di Kolej Universiti ini". katanya

Menurut Dato' Seri Mukhriz lagi, Datuk Rektor INSANIAH telah berjaya menguruskan proses permindahan kampus dari Kampus Mergong ke Kampus Kuala Ketil pada bulan Disember yang lalu dengan penuh berhemah dan teratur serta kos yang sangat minima. 

Sekaligus membolehkan pendaftaran pelajar serta sesi pengajian semester 1, 2014/2015 dimulakan di kampus baru ini mulai Disember lalu. Asrama pelajar Fasa 1 dalam kampus telah disiapkan dengan sempurna dan boleh menampung 1000 pelajar, dan telahpun diduduki. 

MMFC News 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Terus Beri Sokongan Kepada Kolej Universiti INSANIAH - DSMM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top