Latest News

Friday 24 April 2015

Kenali Tokoh Muda Calon BN di Permatang Pauh

Ketika diperkenalkan semalam..

Suhaimi yang berasal dari Kampung Guar Jering, Permatang Pauh di sini, adalah ahli perniagaan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam politik, Suhaimi menjadi ahli UMNO Guar Jering sejak 1992 sebelum dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan berkenaan pada 1994 hingga 2014.

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua UMNO Cawangan Guar Jering dari 2013 hingga kini. Malah, bapa kepada empat orang anak ini pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Permatang Pauh dari 2005 hingga 2013.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei. PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu, menolak petisyen pengampunan diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anak muda berwawasan dan rajin berusaha.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kenali Tokoh Muda Calon BN di Permatang Pauh Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top