Semalam YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bersama Adun Kuah, YB Norsaidi Nanyan dan Ahli Parlimen Langkawi, Dato Ir Nawawi Ahmad meninjau kawasan kebakaran di sebuah perkampungan disuatu tempat di Pulau Langkawi.
Menurut info yang diterima kebakaran yang berlaku baru-baru ini telah memusnahkan lebih dari 150 buah rumah setinggan. Menurut YAB DS Mukhriz, Kerajaan Negeri akan mendalami dan mengkaji tindakan mengikut kemampuan yang boleh diambil untuk membantu mangsa kebakaran disana.
Berjumpa dengan penduduk Langkawi yang bernasib malang terlibat dengan kebakaran.
Melihat rumah sementara yang dibina sebelum menunggu bantuan lain dari pelbagai pihak.
Untuk mengharapkan bantuan segera memang agak mustahil, tetapi Kerajaan negeri sudah berjanji akan membantu setakat yang mampu, malah akan mencari penyumbang atau dermawan yang boleh sama-sama membantu dan berganding bahu.
0 comments:
Post a Comment