"Kumpulan sepuluh negara anggota itu sudah pasti mempunyai perbezaan, namun perbezaan itu boleh ditangani," katanya.
Beliau menyuarakan keyakinan bahawa ASEAN akan bergerak ke hadapan secara lebih padu dan bersatu.
"Saya yakin tahun demi tahun akhirnya konsep ASEAN sebagai sebuah komuniti akan menjadi lebih kukuh dan lebih bermakna," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di sini, Isnin.
Sidang kemuncak dua hari bertema 'Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita' berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi, Kedah.
Dalam ucapan para perasmian sidang kemuncak itu pagi ini, Najib berkata 2015 merupakan tahun bersejarah bagi ASEAN dalam merealisasikan hasrat mewujudkan komuniti tunggal menjelang akhir Disember.
ASEAN secara kolektif bertanggungjawab merangka dokumen pelan tindakan bagi mewujudkan Komuniti ASEAN, katanya.
"Ini akan menyediakan asas untuk kita mengukuhkan perpaduan dan integrasi kita dalam tempoh 10 tahun akan datang, sehingga 2025."
"Inilah dua tanggungjawab penting untuk merencana masa depan yang berani, inklusif dan berpandangan ke hadapan bagi ASEAN dan warganya," katanya.
Ditubuhkan pada 1967, ASEAN terdiri daripada Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment