Latest News

Wednesday, 15 April 2015

Susu 'Kedah Dairy' Bakal Menjadi Jenama Hangat di Pasaran!


Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir hadir di majlis menandatangani memorandum MOU diantara ADMC Dairy Farm S/B bersama Koperasi Perternakan Susu negeri Kedah.

Projek perternakan lembu tenusu ini dibawah kluster tenusu entry point. (EPP) 13 - Economic Transformation Program.

Ketika dalam sidang media majlis tersebut, beliau berkata negeri Kedah sudah sekian lama dianggap negeri pertanian, kini kita ceburi pula bidang penternakan.

"Ini kerana pasaran semakin membesar dan permintaan kepada pasaran susu meningkat. Jika Kedah mengeluarkan susu sendiri, ianya makanan asas. Secara domestiknya kita tidak lagi bergantung pada import barangan luar" kata beliau.

Mukhriz juga mengucapkan tahniah atas usaha murni ini kerana ianya selari dengan usaha Kerajaan negeri yang mahu industri perternakan dan pengeluaran makanan asas bagi menjana ekonomi negeri.
Sudah tentu pasaran dalam negeri diutamakan dulu kemudian barulah susu 'Kedah Dairy' dipasarkan pula ke negeri lain atau negara luar.

Dato Seri Mukhriz juga menegaskan bahawa, Kedah tidak hanya menumpukan pada pembangunan yang melibatkan teknologi tinggi. Sektor perternakan dan pertanian juga akan dijaga dan dibangunkan selari dengan pembangunan negeri yang dirancang oleh beliau.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Susu 'Kedah Dairy' Bakal Menjadi Jenama Hangat di Pasaran! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top