Latest News

Monday 13 April 2015

Ahmad Lebai Perlu Tarik Balik Kenyataan! - 40 Ketua Cawangan Bukit Lada


40 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Pokok Sena Mahu YB Ahmad Lebai Sudin Tarik Balik Kenyataan 'MB Kedah Letak Jawatan'

Mereka tidak bersetuju dengan kenyataan YB Dato Ahmad Lebai Sudin yang mahukan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, (kononnya) Dato Seri Mukhriz tidak menyokong Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak.

Ini kerana Mukhriz kata Ahmad Lebai, tidak mahu menyokong YAB PM, sedangkan pada hakikatnya beliau menunggu keputusan bersama (MP, Adun, Exco dan KB) yang akan dilakukan pada 24hb ini.

Oleh itu Cikgu Musa B. Ahmad mewakili 40 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Pokok Sena memohon Ahmad Lebai menarik balik kenyataannya itu, malah mereka menyokong penuh Dato Seri Mukhriz sebagai MB Kedah selagi beliau menyokong pentadbiran YAB PM Najib.

Mereka meminta Ahmad Lebai menarik balik kenyataan, kerana mahu mengelakkan berlakunya pepecahan (dalam UMNO Kedah) yang akan terjadi akibat kenyataan yang berunsur negatif seperti itu.

40 Ketua Cawangan UMNO Dun Bukit Lada Mahu YB Ahmad Lebai Sudin Tarik Balik Kenyataan 'MB Kedah Letak Jawatan' Mereka...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, April 13, 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ahmad Lebai Perlu Tarik Balik Kenyataan! - 40 Ketua Cawangan Bukit Lada Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top