Latest News

Friday 22 May 2015

Bawa Lebih Banyak Teknologi Tinggi Jepun Ke Kedah - DS Mukhriz



Jepun sentiasa mengutamakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan teknologi-teknologi terkini, ia antara sebab untuk Kerajaan Kedah mahu menarik lebih banyak pelabur dari Jepun meneroka peluang yang ada di negeri itu supaya lebih banyak teknologi tinggi terkini Jepun dapat dibawa masuk ke Kedah.

Menteri Besar Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, Tak kira apa tahap pertumbuhan ekonomi dan industri, pihak swasta sangat tertumpu kepada R&D dalam pelbagai aspek teknologi. Banyak yang kita boleh guna pakai untuk pertingkatkan lagi kegunaan teknologi terkini di Kedah khususnya.

Katanya menerusi lawatan ke Mie, kerajaan Kedah dapat memahami tentang pencapaian terkini di Jepun, khususnya teknologi penanaman padi, industri automotif dan industri tenaga boleh baharu.

Dato' Seri Mukhriz berkata Wilayah Mie mempunyai banyak syarikat automotif, yang sentiasa menampilkan teknologi terkini dalam pembuatan kenderaan.

"Di Mie ni ada industri automotif seperti juga di Kedah, tetapi teknologi mereka ini berada pada tahap lebih tinggi iaitu pada tahap satu, di mana mereka ini yang terdekat kepada pengeluar kenderaan.

"Mereka ini banyak teknologi. Saya kagum bagaimana mereka urus operasi perkilangan, pengeluaran berbentuk menegak, sedangkan kita sudah biasa dengan bentuk mendatar atau rata, atas lantai

"Mereka semuanya (menggunakan) robotik. Tiada keperluan untuk pekerja memasang komponen, kerana semuanya secara elektronik. Ini sangat mengagumkan. Harap teknologi ini boleh diguna pakai di Kedah," katanya. 




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bawa Lebih Banyak Teknologi Tinggi Jepun Ke Kedah - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top