Latest News

Friday 22 May 2015

Kedah Timbang Guna Teknologi Terkini Jepun Kendali Bahan Buangan Kawasan Perindustrian - DS Mukhriz


Kerajaan negeri akan menimbang penggunaan teknologi terkini dari Jepun dalam pengendalian bahan buangan di kawasan perindustrian di Kedah bagi memastikan bahan buangan itu diurus secara lebih bersih dan teratur.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, bahan buangan, sama ada sisa pepejal atau air, perlu diurus menggunakan sistem yang baik, dan beliau melihat bahawa kilang-kilang di Jepun sangat memberi perhatian terhadap bahan buangan kilang mereka.

Katanya kilang-kilang di Jepun melihat kepada usaha memulihara alam sekitar sebagai cara meningkatkan lagi imej syarikat sebagai syarikat yang prihatin terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

"Saya kira dalam konsep pembangunan taman industri, elok juga jika kita tawar satu sistem pengendalian sia buangan termasuk cecair dan pepejal, dengan pendekatan bersepadu sebagai tarikan kepada industri untuk melabur dan membuka kilang di taman-taman industri di Kedah.

"Ini satu pendekatan yang boleh kita teroka. Saya berminat melihat teknologi terkini yang digunakan di Jepun untuk tujuan tersebut," katanya.

Katanya walaupun kerajaan Kedah lebih cenderung kepada teknologi dalam bidang pertanian, tetapi kerajaan negeri turut berharap dapat mempelajari beberapa teknologi lain.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Timbang Guna Teknologi Terkini Jepun Kendali Bahan Buangan Kawasan Perindustrian - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top