Generasi muda digesa mengembangkan minat dan memperkukuhkan budaya keusahawanan untuk membantu memacu Malaysia agar terus melangkah ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan muda perlu tampil dan menceburi bidang keusahawanan yang merupakan sebahagian daripada pembangunan negara.
"Peranan anda sangat penting ... saya mahu lihat lebih banyak yang tampil ke hadapan.
"Apa yang penting adalah untuk membangunkan minat dan memberi tumpuan dalam menyuburkan semangat keusahawanan," katanya ketika beliau singgah di ruang pameran program Keusahawanan 1Malaysia (1MET) pada hari terbuka Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Program 1MET yang merupakan sebahagian daripada inisiatif NBOS adalah satu daripada siri latihan keusahawanan untuk membimbing dan membantu usahawanan muda dalam asas keusahawanan supaya lebih berdaya saing dan bergerak ke tahap lebih tinggi.
- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment