Latest News

Friday 1 May 2015

Helang Merah Raih Kemenangan Ke Lima Berturut-turut



Skuad Helang Merah meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan DRB Hicom 2 - 1 di hadapan lebih 18 ribu peminat setia di Stadium Darulaman sebentar tadi.

Ini merupakan kemenangan ke 5 berturut-turut sejak Kedah menukarkan dua pemian import baru iaitu Sandro dan Liridon.

Pada perlawanan tadi, Kedah menurunkan 4 pemian import mereka iaitu Bang, Chidi, Liridon dan Sandro dan mereka berjaya mengawal permainan dengan serangan bertali arus namun penyudah hanya dapat dijelmakan pada separuh masa kedua.

Gol pertama Kedah dihasilkan pada minit ke 54 oleh pemain gantian Shakir Ali yang dibawa masuk mengantikan Chidi.

Kedah terus mengandakan asakan dan mereka berjaya menambah jaringan pada minit ke 68 oleh pemain import dari Brazil, Sandro yang hanya berdepan dengan penjaga gol DRB.

DRB cuba bangkit di akhir perlawanan dan akhirnya berjaya merapatkan jaringan pada minit ke 89, namun ianya sudah terlambat.

Kedah masih kekal di tangga ke dua liga Premier 2015.

Keputusan lain
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Helang Merah Raih Kemenangan Ke Lima Berturut-turut Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top