Latest News

Tuesday 19 May 2015

Pelabur China Dipelawa Teroka Peluang DI Kedah - DS Mukhriz


China : Kerajaan Kedah komited sepenuhnya dalam usaha memupuk persekitaran pelaburan yang mesra, terbuka dan berkualiti bagi menggalakkan pelaburan asing ke Kedah.

Menteri Besar Kedah, Dato Seri' Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, Kerajaan Kedah mempelawa para pelabur China meneroka peluang pelaburan di Kedah berikutan usaha kerajaan negeri untuk terus menyediakan persekitaran kondusif bagi pelabur asing.

Kerajaan negeri telah memulakan enam projek pemangkin, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan Bandaraya Getah Kedah bagi menjadikan negeri itu maju dan berpendapatan tinggi pada masa depan.

"Kita merancang untuk memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kedah dengan dua landasan iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP. Buat permulaan, kita merancang menjadikan KXP sebagai hab kargo untuk industri, bukan sahaja di wilayah utara Semenanjung Malaysia tetapi juga bagi menampung keperluan di Selatan Thailand," katanya.

Satu lagi hab utama yang sedang dimajukan di Kedah adalah Bandaraya Getah Kedah yang terletak sempadan Malaysia-Thailand, yang bertujuan memastikan kegiatan hiliran dan huluan komoditi dapat berkembang seiringan.

"Saya percaya sektor swasta di Malaysia bersedia menerima, malah mengalu-alukan para pelabur China untuk melabur di Kedah (sebagai rakan)," katanya.

Mukhriz berkata, Kedah yang berusaha muncul sebagai pusat pelaburan bertaraf dunia, turut mengutamakan aspek menyediakan infrastruktur terbaik dan perkhidmatan yang khusus dan melengkapi lokasi geografinya yang ideal untuk semua pelabur. katanya dalam kunjungannya ke bandar Qiandao, Ahad.

"Pada 2013, negeri Kedah berjaya menarik pelaburan bernilai lebih US$776 juta (RM2.5 bilion). Angka itu adalah lima kali lebih tinggi daripada yang dicatatkan pada 2012.

"Tahun lepas, kita memperolehi pelaburan (daripada sektor perusahaan) bernilai US$1.25 bilion (RM4.5 bilion),".
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pelabur China Dipelawa Teroka Peluang DI Kedah - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top