Latest News

Sunday 24 May 2015

Rakaman Video Bagaimana Ikan Tuna Di Lelong Di Tsukiji Market, Tokyo


Rakaman video bagaimana ikan Tuna dilelong di Tsukiji Market, Tokyo semasa lawatan Delegasi Kedah yang diketuai YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ke Jepun.

Tsukiji Market, Tokyo boleh dikatakan antara pasar borong ikan yang terbesar di dunia dan cukup terkenal dengan keunikan acara lelongan ikan tuna secara besar-besaran.

Pasar ini mula beroperasi pada pukul 3.00 pagi dan lelongan akan bermula pada pukul 5.00 pagi. Hanya 150 individu sahaja yang dibenarkan masuk dalam sehari untuk membida ikan tuna yang telah digred mengikut saiz dan kualiti.

Pembida boleh menilai sendiri kualiti isi ikan tuna yang dilelong melalui bahagian ekor yang telah dipotong sebelum membida ikan tersebut mengikut no yang ditandakan pada badan ikan.

Untuk makluman semua, Kedah bakal menjadi pusat perikanan antarabangsa terbesar di Asia Tenggara khususnya bagi ikan tuna menerusi projek Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) yang akan dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat dari China.

Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek KIFT telah ditandangi syarikat Qingdao Lu Hai Feng Investment Co Ltd (Lu Hai Feng) yang berpangkalan di China dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang melibatkan pelaburan awal bernilai kira-kira RM1 bilion dan menyasarkan pendaratan ikan sebanyak satu juta tan setahun.

Kawasan Temengau berhampiran Kuala Kedah telah dicadangkan menjadi tempat untuk dibangunkan projek KIFT.


Rakaman video bagaimana ikan Tuna dilelong di Tsukiji Market, Tokyo semasa lawatan Delegasi Kedah yang diketuai YAB Dato...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Sunday, 24 May 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Rakaman Video Bagaimana Ikan Tuna Di Lelong Di Tsukiji Market, Tokyo Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top