Latest News

Monday 25 May 2015

Tiada Pihak Boleh Nafikan Kejayaan Kerajaan Sedia Prasarana Pendidikan Terbaik - Muhyiddin


AYER HITAM - Tiada pihak yang boleh menafikan kejayaan kerajaan menyediakan infrastruktur pendidikan terbaik bagi membantu penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan kerajaan menyediakan prasarana pendidikan terbaik kepada rakyat turut diperakui masyarakat dunia.

"Tidak ada yang boleh menyatakan bahawa usaha ini (menyediakan prasarana pendidikan terbaik kepada rakyat Malaysia) adalah gagal. Ini adalah suatu usaha yang telah berjaya," katanya ketika merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun di sini.

Menurutnya, masyarakat dunia termasuk badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) memperakui komitmen kerajaan dalam menyediakan peruntukan yang besar setiap tahun untuk pendidikan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, setiap tahun di antara 20 hingga 21 peratus daripada peruntukan belanjawan negara diasingkan untuk keperluan pendidikan rakyat dan ia ditambah pula dengan peruntukan yang sama besar di dalam Rancangan Malaysia.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tiada Pihak Boleh Nafikan Kejayaan Kerajaan Sedia Prasarana Pendidikan Terbaik - Muhyiddin Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top