Latest News

Saturday 15 August 2015

Lebih 20 Ribu Anak Muda Bersama Mukhriz & Khairy Di #FitMalaysia #Kedah


Program  Fit Malaysia Kedah awal pagi tadi telah menggamit lebih 20 ribu anak muda seluruh Kedah.Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan telah ke empat negeri iaitu Perlis, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak. Kedah merupakan negeri ke lima program ini.

Program dimulakan seawal 7.30 pagi dengan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir menaiki basikal sejauh 30 kilometer  bersama Menteri Belia Dan Sukan YB Khairy Jamaluddin. 

Kedah mencatat sejarah apabila menjadi negeri paling ramai menyertai pertandingan berbasikal 30km, 10km, lumba lari dan lain-lain lagi. 

Semua peserta menamatkan acara masing-masing pada pukul 9:00 pagi dan majlis perasmian dilaksanakan oleh Menteri Besar Kedah. 

Fit Malaysia adalah satu gerakan kepada acara yang lebih besar iaitu Hari Sukan Negara yang akan dibuat pada 10 Oktober 2015 nanti. 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lebih 20 Ribu Anak Muda Bersama Mukhriz & Khairy Di #FitMalaysia #Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top