Latest News

Monday 17 August 2015

Video : Dato Seri Mukhriz Bongkar Rahsia Tun Mahathir



Dalam satu ucapan perasmian mesyuarat perwakilan bahagian di Kota Raja, Kelang baru-baru ini, DS Mukhriz telah membongkar rahsia bapanya Tun Mahathir yang secara sembunyi-sembunyi bertemu alim ulama (ahli PAS) di sekolah pondok di Kedah dalam merujuk keputusan-keputusan penting yang akan dibuat kerajaan atau menetapkan hari yang berkah, dan sebagainya ketika menjawat kerusi Perdana Menteri.

Perkara ini adalah diluar pengetahuan sesiapa pun sehinggalah DS Mukhriz pada kempen PRU yang lepas telah berkunjung ke beberapa sekolah pondok yang berkenaan dan didedahkan sendiri oleh pengetua sekolah yang berkenaan.

DS Mukhriz juga mengakui, gerak kerja kempen ke sekolah-sekolah pondok yang selama ini 'dihindari' oleh pemimpin UMNO sebelumnya dengan meletakkan label sebagai 'orang PAS' adalah kunci kejayaan cemerlang beliau merampas Kedah dari tangan parti PAS.


YAB DATO SERI HJ MUKHRIZ BONGKAR RAHSIA BAPANYA.Dalam satu ucapan perasmian mesyuarat perwakilan bahagian di Kota...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Sunday, 16 August 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Dato Seri Mukhriz Bongkar Rahsia Tun Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top