Latest News

Monday 17 August 2015

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Madinah



Kumpulan pertama seramai 450 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Prince Mohammad bin Abdulaziz di sini pada 8.35 pagi waktu tempatan (1.35 tengah hari waktu Malaysia).

Mereka akan ditempatkan di Hotel Movenpick, satu daripada tiga hotel yang menempatkan jemaah haji Malaysia di Madinah.

Dua lagi hotel untuk penginapan jemaah haji ialah Hotel Al-Haram dan Hotel Al-Saha.

Kumpulan pertama jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 5.30 pagi ini (waktu Malaysia) dengan pesawat SV5701 milik Saudi Arabian Airlines.

Sebanyak 11,088 bakal jemaah haji menerusi 32 penerbangan dijadualkan tiba secara berperingkat di Madinah.



Mereka kemudiannya dijadualkan menaiki bas ke Makkah bermula 24 Ogos ini dengan kumpulan terakhir ke Makkah ialah pada 7 Sept.

Jumlah jemaah haji Malaysia tahun ini ialah seramai 22,320 jemaah yang akan dibawa menerusi 64 penerbangan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Saudi Arabian Airlines.

Sebanyak 32 penerbangan lagi dijadualkan tiba di Jeddah.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Madinah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top