Latest News

Sunday 16 August 2015

Saya Bukan Gunting Dalam Lipatan!! - Mukhriz Mahathir



Dalam ucapan Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Jerlun semalam.

Dato Seri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah menegaskan, bahawa apa yang beliau lakukan hanyalah untuk kebaikan parti.

"Kita sayang parti, jangan ada pihak yang anggap kita gunting dalam lipatan. Kita bangkitkan masalahnya untuk diselesaikan"

Sambung beliau lagi..

"Ada bahagian yang anggap bila saya berucap akan memecah belahkan parti. Dah banyak bahagian yang saya pergi berucap, tak pula ianya memecahbelahkan parti malah lebih menyatupadukan".

Beliau juga menegaskan beliau sentiasa menyokong pucuk pimpinan, dan berharap pimpinan sentiasa mencari jalan bagi menyelesaikan isu berbangkit supaya rakyat kembali yakin dengan UMNO semula.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Item Reviewed: Saya Bukan Gunting Dalam Lipatan!! - Mukhriz Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top