Latest News

Tuesday 29 December 2015

Cukai Tanah Industri Di Kedah 80 Sen Bagi 1 Meter Persegi - Exco


ALOR SETAR, 28 Dis (Bernama) -- Kadar baharu cukai tanah sektor perindustrian di Kedah adalah 80 sen bagi 1 meter persegi berkuat kuasa pada 1 Jan ini, kata Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Badan-badan Bukan Kerajaan Datuk Badrol Hisham Hashim.

Katanya kadar 80 sen itu dikenakan bagi keluasan tanah industri melebihi dua hektar dan bagi tanah yang kurang daripada dua hektar pula adalah 40 sen bagi setiap meter persegi.

"Kadar minimum bagi tanah industri adalah RM400 dan kita merupakan negeri yang mengenakan cukai tersebut yang rendah selepas Kelantan," katanya pada sidang media pada Taklimat Kadar Cukai Tanah kepada Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) hari ini.

Beliau berkata kadar cukai tanah bagi perumahan ialah 35 sen bagi setiap meter persegi dan ia membabitkan tanah berkeluasan melebihi 129 meter persegi dengan kadar minimum RM45 setahun.

Taklimat yang diadakan itu bertujuan untuk pengerusi JPP menyampaikan maklumat mengenai kadar cukai selepas semakan itu dengan tepat kepada rakyat negeri ini, katanya.

Beliau berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum ini turut menyatakan agar semakan cukai tersebut tidak membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Cukai Tanah Industri Di Kedah 80 Sen Bagi 1 Meter Persegi - Exco Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top