Latest News

Monday 28 December 2015

Raja Permaisuri Agong Sampai Sumbangan Kepada 350 Anak Yatim Negeri Kedah


Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan bantuan persekolahan berjumlah lebih RM83,000 kepada 350 anak yatim dari 11 daerah di negeri ini.

Sumbangan berbentuk wang tunai, baucar pakaian sekolah, beg sekolah, alat tulis dan hamper makanan daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) itu disampaikan Raja Permaisuri Agong yang juga penaung YAYSH di sini pagi Isnin.

Terdahulu, Ahli Lembaga Pengarah YAYSH Datuk Rosli Awang berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang akan bermula 3 Jan ini.

Rosli turut berterima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan sejak penubuhan YAYSH yang kini sudah memasuki usia empat tahun.

YAYSH ditubuhkan pada 2011 bagi menjaga kebajikan dan keperluan anak-anak yatim yang miskin.

--BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Raja Permaisuri Agong Sampai Sumbangan Kepada 350 Anak Yatim Negeri Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top