Latest News

Friday 11 March 2016

MT Umno putuskan nasib Muhyiddin, Mukhriz Mac 25 ini


Majlis Tertinggi Umno akan membuat keputusan mengenai nasib timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini digantung jawatan dan pemimpin pemberontak lain apabila ia bermesyuarat pada Mac 25 ini.

Mengikut satu artikel dalam akhbar bahasa CinaSin Chew Daily, nasib Muhyiddin akan diputuskan pada mesyuarat bulanan parti yang akan datang.

Akhbar itu memetik Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh yang mengesahkan bahawa agenda mesyuarat berkenaan termasuk perbincangan mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap mereka.

Walau bagaimanapun, sama ada atau tidak mereka akan dipecat hanya akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang, lapor akhbar itu.

Ini kali kedua, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berdepan tindakan pemecatan apabila kedua-dua mereka menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut penyingkiran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Kali pertama, mereka berdepan dengan masalah adalah selepas mereka mengkritik Najib mengenai skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang berada dalam akaun perdana menteri.

Mkini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Sekiranya berlaku pemecatan, ianya ibarat salah satu anggota dalam tubuh manusia dipotong. Tubuh tersebut bukanlah bertambah sihat malah mungkin akan membawa maut atau mengalami kecacatan kekal.

    ReplyDelete
  2. Apa yang nak di pelikkan DSMM!!

    PM USD1 Billion tu kan pandai kira...

    Derma RM2.6 Billion
    Belanja untuk PRU13 RM1.5 Billion
    Kembalikkan kepada Arab RM2.03 Billion

    Jadi betolla la tu RM1.5 Billion + RM2.03 Billion = RM2.6 Billion.

    Ataupon...

    Derma Arab RM2.6 Billion
    Belanja PRU13 RM1.5 Billion
    Pulangkan pada Arab RM2.03 Billion

    Yang bakinya RM0.93 Billion si AhjibNgok pakai duit sendiri pulangkan lah agaknya.

    Baik betol PM USD1 BIllion Malaysia ya!!!

    Kahkahkahkahkahkahkah.....

    ReplyDelete

Item Reviewed: MT Umno putuskan nasib Muhyiddin, Mukhriz Mac 25 ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top