Latest News

Sunday 6 March 2016

Shafie Apdal Pertikai Kenapa Sorok Laporan Akhir 1MDB?


PETALING JAYA: Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Shafie Apdal mempersoalkan keputusan kerajaan persekutuan mengklasifikasikan laporan audit akhir mengenai 1MDB sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Shafie berkata: "Mengapa mereka perlu menggunakan OSA? Jika tiada apa-apa yang hendak disembunyikan, laporan itu perlu didedahkan. Mengapa mereka mahu ia disembunyikan?

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira, Hasan Arifin berkata, bahawa Ketua Audit Negara telah menyarankan laporan akhir audit 1MDB diletak bawah Akta Rahsia Rasmi kerana ada sebab-sebab tertentu.

Ketua Audit Negara telah memberikan taklimat mengenai laporan akhir kepada ahli-ahli jawatankuasa itu di bangunan Parlimen tempohari. Taklimat itu akan diteruskan pada hari Isnin.

Hasan memberitahu bahawa, Ketua Audit Negara mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan sama ada untuk mengangkat klasifikasi rahsia pada laporan akhir jabatan.

Shafie, yang juga Naib Presiden Umno, menegaskan bahawa Jawatankuasa PAC bertanggungjawab memberitahu laporan itu kepada rakyat Malaysia untuk mereka mengetahui cabang pelaburan sebenar syarikat berkenaan.

Walaupun dibentang di Parlimen, orang ramai perlu diberi akses kepada maklumat laporan itu. Orang ramai perlu tahu apa yang benar-benar berlaku dalam siasatan PAC.

Shafie telah dipecat daripada Kabinet pada Julai bersama-sama dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas mereka mengkritik cara kerajaan menangani hal ehwal 1MDB. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah ketua penasihat eksklusif kepada syarikat 1MDB.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Shafie Apdal Pertikai Kenapa Sorok Laporan Akhir 1MDB? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top