Latest News

Friday, 17 June 2016

'Bila saya ke Manong, mereka terus tar jalan' - Tun M



KUALA KANGSAR - "Apabila diberitahu saya ke Manong, mereka terus tar jalan. Duit adalah segalanya,".

Demikian luah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kempen yang dijalankan BN di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Menurutnya, pimpinan BN turut beranggapan para pengundi akan mengundi mereka dengan penambahbaikan prasarana yang dilakukan itu.

"Inilah demokrasi ciptaan BN. Mereka fikir kalau bubuh tar berduyun-duyun datang mengundi (BN). Orang yang begini amalkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Deklarasi Rakyat di Pekan Manong, di sini, hari ini.

Mahathir berkata, pimpinan BN juga mengetahui krisis yang menimpa negara namun atas kepentingan peribadi mereka mendiamkannya.

"Kita hadapi masalah ekonomi dan politik. Mereka (pemimpin) tahu najib salah tapi demi kepentingan mereka teruskan menyokong Najib," katanya.

Katanya, meskipun perubahan dari sudut pentadbiran kerajaan tidak berubah namun kemenangan calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli menjadi signal rakyat menolak BN.

"PRK ini bukan dapat tukar kerajaan tapi ini dapat buktikan perasaan rakyat," katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. hei...hei...hei...tun. tun cakap apa tu. demokrasi ciptaan bn? sebelum ini tun menjadi pm dari parti politik mana, bukan bnkah? itulah yang dinamakan legasi. semuanya tinggalan dan asuhan dari tun sendiri. oh ya, sepanjang 22 tahun tun jadi pm, tun tahukah manong itu di mana? kenapa tidak tar jalan tu sejak dulu lagi? saja bertanya, sebab tunpun suka bertanya...

    ReplyDelete
  2. Sama saja semasa pilihanraya dizaman Dr M jadi PM dulu pun.Ada jugak jalanraya yg diturap.

    ReplyDelete

Item Reviewed: 'Bila saya ke Manong, mereka terus tar jalan' - Tun M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top