Latest News

Sunday 12 June 2016

Sumbangan Tun Mahathir Terhadap Malaysia Dan Dunia Islam (Video)




Antaranya Di Malaysia 


 

SUMBANGAN UNTUK DUNIA ISLAM 

Kepimpinan dan pemikiran Tun Dr Mahathir ditagih pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin 

Beliau diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

Dalam ucapannya Dr Mahathir mengajak kerajaan baharu Mesir mencontohi pengalaman Malaysia sebagai model dalam memacu kemajuan ekonomi di negara ini.
Ikhwanul Muslimin Mesir Iktiraf Kepakaran Tun Dr Mahathir


Objektif permulaan adalah untuk menjana kekayaan

Kepelbagaian agama dan etnik di Malaysia tidak menjadi halangan untuk mengejar kemajuan.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan baharu Mesir memberi tumpuan kepada membangunkan keadilan sosial dan infrastruktur di bawah fasa pasca revolusi.

Kerajaan Mesir perlu memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan dan melaksanakan dasar ekonomi yang boleh membuka peluang pekerjaan baharu


Pandangan Dunia Terhadap Tun Dr Mahathir
"Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal"

Margaret Thatcher – Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya betajuk ‘The Downing Street Years’, hlm. 502

“Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak beberapa tahun yang lepas”

Bill Clinton – Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit
"Saya percaya rakyat Mesir menyedari kesukaran yang sedang mereka hadapi dan tidak malu untuk belajar daripada pengalaman negara lain yang telah berjaya"

"Rakyat Mesir boleh menjadikan Malaysia sebagai model untuk memulakan usaha bagi memacu kemajuan ekonomi di negara mereka."
DIANTARA ISI KANDUNGAN UCAPAN :
“Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika Syarikat”

Shaykh Muhammad Hisham Kabbani – Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002
Memetik ucapannya pada 18 April 2004 kepada sebilangan cendiakawan di Maghribi, beliau berkata tidak sepatutnya negara-negara Islam yang ada sekarang ini berada pada tahap yang mundur dari segi ekonomi.

Beliau telah menyingkap sejarah sarjana-sarjana Islam semasa di zaman kegemilangan Islam dulu umat Islam sangat maju dalam pelbagai bidang umpamanya ilmu sains, pelayaran, perubatan, astronomi, matematik, falaq dan falsafah.
KESIMPULAN
Tun Dr. M banyak memberi sumbangan kepada seluruh dunia samada negara Islam ataupun lain.
Diantara sumbangan beliau yang amat bernilai adalah pemikiran dan idea-idea yang baharu yang jarang pemimpin dunia yang lain ada.

DIANTARA SUMBANGAN LAIN :

Beliau dianggap jurucakap kepada negara-negara Dunia Ketiga mahupun Dunia Islam.

Beliau menjadi pengkritik utama kuasa Barat tentang kegagalan menangani pedagang matawang yang menjadi punca krisis ekonomi pada lewat 1990an.

Kemudian bila keganasan antarabangsa memuncak pada awal alaf baru, Beliau dengan lantang mengecam tindakan pengganas, dan berulang kali menegaskan bawa satu-satunya cara menangani keganasan ialah dengan mencari puncanya.
sumber:http://mewahilmu.blogspot.com/2012/05/sumbangan-mantan-perdana-menteri-tunku.html
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Masyallah hebat sungguh Qada dan Qadar ALLAH yg telah ditetapkan didalam Luh Mahfuz. Sesungguhnya ALLAH yang menaikkan kedudukkan kita dan ALLAH jugak lah yang menurunkan.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Sumbangan Tun Mahathir Terhadap Malaysia Dan Dunia Islam (Video) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top