Latest News

Saturday 27 August 2016

Selamatkan Malaysia , Selamat Hari Merdeka - Mukhriz Mahathir


Banyak sudah ucapan alu-aluan dan perasmian dimusim Mesyuarat Agung Tahunan sayap-sayap UMNO dan Bahagian-bahagian yang disulami kata-kata semangat agar keahlian UMNO pertahankan parti demi maruah & martabat kaum Melayu. Disuruh ahli semua berani menegur pemimpin jika ada apa-apa kesilapan yang dilakukan. Disuruh juga supaya ahli pertahankan pemimpin dari "tohmahan" musuh. Diperingatkan kononnya bahawa Melayu akan jahanam jika UMNO tidak diperkuatkan lagi, dan bahawa cara untuk selamatkan UMNO ialah dengan mempertahankan pemimpin.

Sedarkah keahlian UMNO bahawa pemimpin-pemimpin yang menegur Presiden telah diambil tindakan termasuk dipecat jawatan Kerajaan dan parti? Jelas intipati ucapan-ucapan itu retorik semata-mata Indah khabar dari rupa.

Tahukah anda bahawa yang merosakkan UMNO bukan mereka yang menegur kebathilan. Tapi pemimpin seperti Presiden yang mengaku ambil duit dari pihak negara asing kononnya bagi pihak UMNO tanpa pernah isytiharkan kepada UMNO mengenai perkara itu sehinggalah terdedah oleh media asing. Kalau benar duit itu untuk UMNO, kenapa dipulangkan kepada Pak Arab itu? Tidakkah terasa janggal menerima sumbangan politik berbilion RM? Bukankah ini suatu campurtangan pihak asing dalam urusan politik dalaman kita?

Yang penting sekali, bagaimana keahlian UMNO mampu pertahankan kemungkaran ini? Tidakkah terasa sedikitpun salah akan tindakan membela Presiden yang jelas sekali menyeleweng? Adakah ini caranya untuk memartabatkan Melayu?

Sebenarnya ramai Rakyat Malaysia yang malu dengan apa yang berlaku ini. Malu kerana nama baik Malaysia diheret kekancah rasuah yang diketahui seluruh pelusuk dunia! Walaupun yang bersalah ialah Najib, tapi tidak kurang memalukan ialah ketidakupayaan sistem demokrasi yang kita amalkan untuk membetulkan keadaan ini. Apa sudah jadi kepada kita, Malaysia?

Wahai UMNO, segeralah insaf dan bertaubat sebelum azab Allah SWT turun dan semua yang membisu turut menerima padahnya.

Sempena Hari Kebangsaan yang menjelang tiba, saya harap semoga anda semua benar-benar  dapat memerdekakan jiwa dan raga dari dibelenggu ketaksuban akibat suapan yang diberikan pemimpin-pemimpin anda.

Sesungguhnya Malaysia berhak keatas sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita alami sekarang. Selamatkan Malaysia. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke59.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Selamatkan Malaysia , Selamat Hari Merdeka - Mukhriz Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top