Latest News

Saturday 1 October 2016

Ds Mukhriz Raikan Kemenangan Kedah Bersama Ratusan Penyokong Di Lembah Klang


Mantan Presiden KFA, Dato Seri Mukhriz hadir di sebuah restauran milik orang Kedah iaitu Langgaq Bihun Sup Utara di Lembah Klang bagi bersama-sama ratusan penyokong setia Kedah memberi sokongan terhadap pasukan bolasepak Kedah yang menentang PDRM dalam aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2016.









ALOR SETAR: Kedah mencipta peluang untuk selangkah ke peringkat akhir apabila menewaskan PDRM dengan keputusan 2-1- di Stadium Darul Aman, sebentara tadi. Tiga gol terhasil melalui sepakan penalti malam ini dalam aksi menarik dan penuh semangat. 

Turun dengan penuh semangat dan bermain di hadapan hampir 30,000 penyokong setia skuad Helang Merah yang hadir memberi sokongan padu, anak buah Tan Cheng Hoe jelas menunjukkan aksi menarik. Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan penuh semangat di awal permainan dan mahu mencari gol awal bagi mengukuhkan kedudukan. 

Gol pertama Kedah hadir pada minit kelapan melalui sepakan penalti oleh Thiago Augusyo setelah pemain itu dijatuhkan pertahanan PDRM, Mohd Eskandar Ismail. 

Selang dua minit, PDRM pula mencipta gol pertama juga hasil sepakan penalti oleh Guilherme De Paula apabila Christopher Keli dijatuhkan dalam kotak penalti. 

Liridon menambah gol untuk Kedah dan menjadikan kedudukan 2-1 melalui sepakan penalti pada minit ke-78 apabila Thiago Augusto dijatuhkan sekali lagi dalam kotak penalti PDRM.

BH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ds Mukhriz Raikan Kemenangan Kedah Bersama Ratusan Penyokong Di Lembah Klang Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top