Latest News

Wednesday 16 November 2016

Catatan dari perbahasan saya mengenai Bajet Negeri Kedah 2017 pada 14/11/16



Tahniah saya ucapkan kepada Pasukan Hijau Kuning diatas kemenangan sebagai juara Piala Malaysia 2016. Ternyata perancangan tiga tahun yang telah dilaksanakan membuahkan hasil.

Janji yang telah saya buat selaku orang yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Manifesto BN bagi PRU13 bahawa bolasepak Kedah akan diperkasakan, dan pengumuman saya pada hujung tahun 2013 bahawa Kedah akan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dalam tempoh 3 tahun telah menjadi kenyataan setahun awal iaitu pada 2015.

 Ini berjaya dilakukan walaupun KFA ketika saya mengambil alih sebagai Presiden hanya bersaing di Liga Perdana dan bergelut untuk layak bertanding di Liga Super.

Akhirnya Hijau Kuning berjaya menjadi juara Piala Malaysia dalam tempoh tiga tahun. Tentunya ini membanggakan kita semua.

Walaupun begitu, sehingga kini pasukan untuk musim 2017 masih belum dibentuk. Ramai diantara pemain2 kita sudah dipinang pasukan2 lain dengan tawaran yang pelbagai. Sambil itu jurulatih2 KFA tidak diberi ganjaran bonus walaupun turut menyumbang kepada kemenangan Piala Malaysia. 

Tidakkah mereka juga anggota pasukan dalam sukan yang sangat bergantung kepada semangat berpasukan? Kenapa hanya pemain dan Ketua Jurulatih sahaja yang diiktiraf dengan bonus, dan yang lain tidak diberi apa2?

Enam kekosongan dalam pasukan untuk musim tahun depan juga belum diisi dengan sebarang usaha ujibakat diperingkat akarumbi, termasuk dikalangan pemain2 Pasukan Belia dan Presiden Kedah.

Semua ini perlu diberi perhatian sekiranya Kedah berharap untuk mempertahankan kejuaraan bagi tahun hadapan. Walaupun bukan mudah perjalanan untuk mencapai tahap kejayaan yang kini dikecapi, tapi usaha untuk mempertahankan kedudukan juga tidak kurang mencabar. 

Jangan kita kecewakan peminat #1 bolasepak Kedah, iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, dan juga semua penyokong2 Hijau Kuning yang sentiasa setia bersama pasukan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Catatan dari perbahasan saya mengenai Bajet Negeri Kedah 2017 pada 14/11/16 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top