Latest News

Monday 12 December 2016

Keahlian PPBM Perlis Hampir 3000 Ahli Dalam Masa 2 Bulan



KANGAR - “Parti Pribumi Bersatu Malaysia bukannya parti serpihan yang hanya bergerak dalam jumlah yang kecil, tetapi kami mempunyai jentera yang sangat kuat untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja, kata Ketua Pendaftar Parti Bersatu Perlis, Ameir Hassan.

“Masyarakat dah mula buka mata untuk berfikir, jadi kita perlu beri ruang kepada masyarakat untuk memilih siapa yang benar-benar layak untuk memimpin,” katanya ketika di temui di Pejabat Bersatu Jejawi, Perlis di sini kelmarin.

Menurut Ameir, kebanyakan mereka datang sendiri ke pejabat dan mengisi borang keahlian.  
Menurut Ameir, Bersatu Perlis sentiasa bersemangat untuk menghadapi apa sahaja rintangan yang mendatang bagi memastikan mereka mampu berada di puncak ketika Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Kita yakin, rakyat sudah pun matang untuk menilai antara pemberi kebaikan dan pemusnah.

Di Perlis, Bersatu sudah berjaya mendapatkan ahli hampir 3000 orang meskipun usia penubuhan parti itu baru sahaja menjangkau beberapa bulan.
“65 peratus ahli Bersatu Perlis adalah golongan muda. Dengan ini kita bertambah yakin yang kita mampu untuk bergerak bagi memenangi PRU nanti.
“Golongan muda adalah nadi kepada perjuangan kerana mereka lah yang akan mewarisi kepimpinan ini,” katanya.
Tambah Ameir, kebanyakan rakyat sudah mampu berfikir secara rasional, jadi saya sangat yakin PRU akan datang kita akan menewaskan kerajaan dan memerintah Perlis.
“Kita perlu berjuang demi kedaulatan undang-undang dan kesucian perlembagaan supaya dikembalikan pada tempat asalnya,”ujarnya.
Ameir berkata, sebagai pemimpin kita perlu menghormati undang-undang dan tidak menggunakannya demi kepentingan peribadi.
“Bersatu sedia berjuang untuk mengembalikan maruah rakyat. Jika sekarang kehidupan rakyat diperkotak-katikkan, saya percaya prinsip perjuangan Bersatu akan memperjuangkan perkara berkenaan.
“Kita tidak menentang secara salah kerana kita menghormati undang-undang. Perjuangan yang hebat diperlukan bagi menewaskan kerajaan dalam PRU akan datang dan kemenangan dalam PRU membolehkan kita memperbaiki semula nasib rakyat,” jelasnya.
Tambah Ameir, dia sangat terkesan apabila ada golongan yang mengatakan Bersatu adalah penderhaka.
“Kami bukan penderhaka! Itu adalah tidak benar. Kami adalah pembela rakyat. Kami bekerja untuk rakyat. Jika prinsip itu tiada dalam perjuangan jadi siapakah yang sebenarnya penderhaka?,” katanya.

Sumber Sinar Harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Ya Allah...kepada Mu jua kami memohon keberkatan dan rahmatMu...andaikata jika ada antara hamba-hambaMu yang mengundang kemurkaanMu dimuka bumi, maka jauhilah ia dari kami... Jika ia mengangkat agamaMu maka dekatkanlah ia dihati kami...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui isihati hamba-hambaMu...Aamiin..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Keahlian PPBM Perlis Hampir 3000 Ahli Dalam Masa 2 Bulan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top