Latest News

Thursday, 4 May 2017

NILAI-NILAI TINGGI - Tun Mahathir



NILAI-NILAI TINGGI

Terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Artikel asal dari http://chedet.cc/?p=2496

1. Sungguh melucukan apabila membaca mengenai Dato Sri Najib menggesa rakyat Malaysia untuk mempunyai ketinggian budaya dan nilai moral. Lebih melucukan apabila permintaannya kepada dunia untuk menghormati Malaysia.


2. Tetapi Najib tidak percaya kepimpinan melalui teladan. Dia nampaknya percaya dengan “Saya beritahu apa yang nak dibuat dan bukan saya yang buat”.

3. Sama ada dia percaya dengan kepimpinan melalui teladan atau tidak pengikutnya tidak membantu tetapi melihat beliau sebagai contoh ikutan mereka. Wajarlah ahli UMNO yang dipimpin beliau menjadi korup dan tidak bermoral seperti dia.

4. Bagaimanakah andaian dia di dunia ini dalam 33 tahun, melalui slogan Transformasi 2050, rakyat Malaysia akan punyai nilai moral dan budaya yang tinggi?

5. Najib bukan contoh seorang yang punyai nilai moral yang tinggi. Secara dasranya Najib percaya Wang Tunai adalah Raja. Ini secara mudahnya bermaksud rakyat boleh jadi korup untuk berbuat apa sahaja; untuk mengundi BN pada pilihanraya akan datang. Hasilnya Malaysia akan diklasifikasi sebagai antara Negara paling korup di dunia. Apakah orang akan menghormati Negara yang punyai peratusan korup tertinggi?

6. Dan wang rasuah sebahagian besarnya datang dari wang 1MDB yang dicuri. Secara kebetulan tidak ada pula audit ke atas wang 1MDB kesekian dua tahun lepas. Adakah ini yang akan membuatkan dunia menghormati kita?

7. Sekarang kita mendengar laporan penjawat awam memiliki ratusan juta Ringgit dengan nyatanya bersangkut dengan rasuah. Jauh sekali untuk mencapai nilai moral yang tinggi, nampaknya nilai itu merosot di bawah pemerintahan Najib. Moral dan budaya akan menjadi dari buruk ke malapetaka. Dengan semata-mata memperkenalkan slogan Transformasi dalam 33 tahun bukanlah bakal membuatkan rakyat Malaysia diputar menjadi budaya dan nilai moral yang tinggi.

8. Sebenarnya amat melucukan apabila Najib menyuruh rakyat Malaysia untuk mencapai nilai moral dan budaya tinggi dan meminta dunia menghormati Malaysia. Sekarang ini nama Malaysia telah tercalit lumpur di mata dunia. Rakyat Malaysia sangat malu untuk mengaku mereka sebagai rakyat apabila berada di luar Negara. Dengan reputasi Malaysia yang disebabkan oleh 1MDB ciptaan Najib – kehilangan wang berbilion Ringgit, penggubahan wang haram dan berbilion wang dijumpai dalam akaun peribadinya.

9. Lebih buruk sekarang ini Najib masih Perdana Menteri Malaysia. Di Brazil dan Korea Selatan, dengan hanya disyaki korup, menyebabkan penggantungan dan penangkapan dibuat. Tetapi di Malaysia Najib masih selamat dan dengan tanpa rasa malu memberitahu rakyat Malaysia supaya berlaku jujur dan meminta dunia menghormati Negara korup ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: NILAI-NILAI TINGGI - Tun Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top