Latest News

Thursday, 4 May 2017

Sajak ini ditujukan khas kepada Anak muda negara - Tun M



*Sajak ini ditujukan khas kepasa Anak muda negara*

Pada Yang Muda Kusematkan Harap
Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia
.
Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan oleh pemimpin di puncak kuasa
.
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang
Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
.
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok
Semuanya untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa
.
Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya
.
Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua tanpa mengira harga yang perlu dibayar oleh cucu cicit kita
setelah dia tiada lagi bernafas
.
Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus Untuk dibayar oleh rakyat
.
Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka yang tiada lagi nilai dan hormat diri
.
Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama
.
Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
.
Dengan tangan kotor dan harganya dibayar
oleh cucu dan cicit kita


Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sajak ini ditujukan khas kepada Anak muda negara - Tun M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top