Latest News

Friday, 26 May 2017

Video : Tun Mahathir sedih, tanya "Apa lagi nak jual?"


Sebagai insan yang mengilhamkan penubuhan syarikat kereta nasional Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad tentunya tidak gembira dengan pengambilalihan 49.9 peratus kepentingan dalam syarikat ikon Malaysia itu oleh Geely Automobile Holdings Ltd dari China.

Dengan pengambilalihan itu, Dr Mahathir berkata Proton tidak lagi menjadi kereta nasional.

"Ia dah jadi kereta asing, dan kita kehilangan satu ikon negara," katanya dalam ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata walaupun ramai mengkritik Proton yang dikatakan mengeluarkan kereta kurang bermutu tinggi, tetapi menurutnya, tidak ada negara membangun yang mampu membangun kereta sendiri.

"Dalam jangka masa 30 tahun sahaja, rakyat yang tahu bawa kereta sahaja, sudah belajar bikin kereta sendiri.

"Mereka belajar dalam jangka pendek. Negara lain ambil masa 50 (hingga) 100 tahun untuk keluarkan kereta macam Proton," tegasnya.

Mengakui masalah yang sering dikaitkan dengan Proton berhubung dengan "power window", Dr Mahathir bagaimanapun berkata ini adalah "cerita lama" dan tingkap itu kini berfungsi dengan baik.

"Memang ada kelemahan tetapi sudah diatasi dan tidak perlu ke China untuk dapatkan teknologi untuk bikin kereta seprti Proton.

"Sekarang (ia) mampu keluar tiga model dalam satu tahun. Tetapi yang sedihnya kereta nasional tidak lagi kereta nasional kita.

"Apabila (kita) beli di masa hadapan, (kita) beli kereta asing, kerana telah dijual," keluh Dr Mahathir.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Tun Mahathir sedih, tanya "Apa lagi nak jual?" Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top