Latest News

Saturday, 3 June 2017

Aizad Roslan Bidas Kenyataan Exco Pemuda Umno



KENYATAAN BALAS TERHADAP EXCO PEMUDA UMNO ARMAND AZHA.

Selamatkan Malaysia atau Selamatkan Najib & Diri?

Perdebatan menyelamatkan Malaysia atau Najib Razak memerlukan penjelasan yang jelas dan berfakta. Kepimpinan, perlu ada kejelasan & wawasan untuk membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Armand Azha merujuk kepada kenyataan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kesediaan Tun untuk mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas PRU14 nanti. Apa yang beliau tidak sebutkan adalah Tun sendiri ada menyatakan di dalam temu bual yang sama bahawa itu hanya akan berlaku sekiranya perkara tersebut diputuskan di dalam perbincangan rakan-rakan dalam Harapan. Selain itu Tun juga ada menyebut bahawa beliau mahu kekal bersara dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri.

Saya pelik, kenapa dok sibuk tanya siapa PM dari calon Pakatan Harapan. Yang diriuhkan kenapa Dato Seri Anwar, atau Tun Mahathir. Siapa pun PM dari kalangan PH tiada masalah kerana kami berpakat dan menerima dengan terbuka.

Kepentingan negara lebih besar dari misi parti. Armand ni dok kalut tanya membuatkan saya ingin bertanya kembali kepada dia siapa calon ketua pembangkang dari BN?

Saya memuji Tun M kerana berani berdepan dengan soalan-soalan daripada rakyat dan dijawab satu persatu di dalam temubual tersebut. Si Armand menyatakan beliau berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib. Mungkin Armand juga teguh berdiri di belakang Najib ketika beliau 'Hiding' semasa program Nothing to Hide dulu. 

Mengenai fitnah Armand bahawa Tun M ingin menyelamatkan karier politik anaknya Dato Seri Mukhriz, Armand sendiri menyatakan bahawa beliau tidak lupa bahawa parti UMNO yang disembah beliau diterajui 22 tahun oleh mantan Perdana Menteri itu. Kalaulah benar Tun ingin anaknya pergi jauh di dalam dunia politik, 22 tahun sudah lebih dari cukup untuk beliau lakukannya. Jadi teruskanlah menabur fitnah yang tidak masuk akal ini kerana saya percaya rakyat Malaysia bijak menilai.

Kita ada banyak isu yang tidak selesai yang melibatkan kondisi sosial, ekonomi dan kestabilan politik yang melibatkan kedaulatan di negara ini. Tapi yang menjadi riuh rendah ketika ini, adalah isu-isu yang remeh, kecil dan tidak pernah mewakili prinsip utama Islam, Melayu, Bangsa Malaysia dan Tanah Air.

Isu rasuah yang berleluasa, kenaikan kos sara hidup, GST yang gagal menampung hutang negara yang semakin tinggi, pengangguran dalam kalangan anak-anak muda, dan yang terbaru penjualan aset-aset negara kepada pelabur asing. Semua ini masih tidak menampakkan jalan penyelesaiannya.

Pihak Pemuda UMNO lebih disarankan untuk menangani krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang semakin kronik daripada mengambil tahu urusan parti-parti komponen Pakatan Harapan yang sentiasa dibawa ke meja rundingan. Tidak perlulah mencipta spekulasi tentang hal yang kalian sendiri tidak tahu.

Akhir kata, kami di pihak ARMADA Parti Pribumi BERSATU Malaysia masih ternanti- nanti Pemuda UMNO mengemukakan calon untuk berdebat. Cabaran sudah kami terima.

Baling batu sembunyi tangan?

Aizad Roslan
Timbalan Ketua ARMADA
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Aizad Roslan Bidas Kenyataan Exco Pemuda Umno Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top