Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menyampaikan sumbangan pada asnaf yang layak di Masjid Kampung Jerlun sekaligus berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib di sana.
#HarapanKedah #MarhabanYaRamadhan
Selesai solat terawih di Masjid Kuala Jerlun malam ini. Dato Seri diminta untuk berikan tazkirah ringkas kepada jemaah dan hadirin yg hadir.
Dalam tazkirah tersebut beliau berpesan supaya umat Islam harus mengambil peluang untuk melipat gandakan ibadah dalam bulan Ramadhan kerana pahalanya lebih baik dari seribu bulan.
Pertama, apa saja doa yang kita mohon kepada Allah SWT akan dimakbulkan, jika kita doa yg baik untuk diri, keluarga dan masyarakat.
Kedua, mohon keampunan kepadaNYA.. InshaAllah akan diampunkan tidak kira sebesar mana dosa kita, jika kita mohon dgn ikhlas, terutamanya pada ibu dan bapa kita. Allah akan ampunkan.
Pesanan akhir Dato Seri, jadi kita harus rebutlah peluang ini untuk memohon doa dan keampunan dari Allah SWT. Kerana belum tentu kita dapat bertemu lagi bulan Ramadhan di tahun hadapan.
Jangan menyesal dikemudian hari.
Melawat Ketua Srikandi PPBM Jerlun Kak Mashitah yang sakit akibat kemalangan jalanraya tempohari.
0 comments:
Post a Comment