Latest News

Thursday 24 August 2017

Trump bebas sokong Najib ‘kleptokrat’, kata Dr Mahathir



PRESIDEN Donald Trump boleh membawa hubungannya dengan Najib Razak lebih jauh lagi dengan mengiktiraf “kleptokrat” terkenal dunia, kata Dr Mahathir Mohamad dengan nada sinis dalam responsnya terhadap lawatan perdana menteri ke Amerika Syarikat (AS).

Beliau ditanya mengenai lawatan Najib ke AS yang dijadualkan pada 10 hingga 12 September depan, dikatakan bertujuan untuk meningkatkan sokongannya untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Jika presiden Trump mahu turut serta dalam pilihan raya kita, dia boleh beri sokongan kepada lelaki yang disifatkan oleh DoJ (Jabatan Kehakiman AS) sebagai kleptokrat dan pencuri yang mencuri duit.

“Jadi Trump mungkin sokong itu, saya tidak tahu,” katanya.


Dr Mahathir berkata demikian kepada wartawan di Istana Kehakiman di Putrajaya selepas mendengar prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan pentadbiran Najib untuk menyiasat kerugian urus niaga wang asing dalami Bank Negara, 25 tahun lalu.

Putrajaya hari ini mengumumkan Najib akan melakukan lawatan kerja ke Washington DC pada 12 September atas jemputan Trump.

Najib dan Trump dijangka membincangkan isu berkaitan keselamatan negara, keganasan, ekstremisme, perdagangan serta pelaburan, kata kenyataan itu.

Lawatan berkenaan adalah susulan desakan Washington kepada Malaysia untuk berkongsi bahagian perisikan mengenai Korea Utara dan menyekat keluar senjata yang melalui Malaysia.

Difahamkan Putrajaya mahu mengumumkan kunjungan itu hanya selepas dua acara utama, temasya Sukan SEA ke-29 dan sambutan Hari Kebangsaan, bagi memperoleh liputan luas dalam media.

Lawatan itu juga dibuat ketika penyiasatan jenayah oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS terhadap wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kes sivilnya, DoJ mendakwa antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion milik 1MDB diselewengkan oleh pegawai tinggi dan sekutu firma pelaburan itu.

Memetik sumber yang rapat dengan perdana menteri, The Wall Street Journal semalam melaporkan Najib mungkin akan menggunakan lawatan ke Rumah Putih untuk menghentikan siasatan lanjut. – 24 Ogos, 2017.

www.themalaysianinsight.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Trump bebas sokong Najib ‘kleptokrat’, kata Dr Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top