Latest News

Thursday 24 August 2017

Video : Tun Mahathir sokong RCI Memali, akui banyak bukti




Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia memberi keterangan pada bila-bila masa jika kerajaan benar-benar menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi Memali.

Kata bekas perdana menteri itu, pendirian berkenaan dibuatnya kerana kebenaran penting untuk ditegakkan.

Selain itu Dr Mahathir mendedahkan beliau mempunyai bukti kukuh berhubung insiden berkenaan yang berlaku hampir 32 tahun lalu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri hari kedua sidang RCI mengenai skandal kerugian dialami Bank Negara akibat aktiviti perdagangan mata wang asing (forex) di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

Semalam timbalan Dr Mahathir pada 1985, Tun Musa Hitam, mencadangkan RCI Memali ditubuhkan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kata Musa langkah itu perlu dibuat dengan niat yang betul, iaitu untuk mencari kebenaran serta bebas daripada agenda politik menjelang PRU.

Untuk rekod ketika insiden Memali - pada 19 November 1985 - berlaku Dr Mahathir berada di luar negara, manakala Musa ketika itu turut berkhidmat sebagai menteri dalam negeri.

Pasukan polis berada di bawah kementerian berkenaan.

Ditanya apakah "bukti penting" yang dimaksudkannya, Dr Mahathir berkata, beliau tidak dapat menjawab soalan berkenaan buat masa ini.

"Saya bagi tahu dalam RCI Memali," kata Mahathir ringkas.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Tun Mahathir sokong RCI Memali, akui banyak bukti Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top