Latest News

Monday, 26 February 2018

Antara Punca Indeks Rasuah Negara Jatuh Teruk


Menerima pakai Sidang Media yg dilakukan oleh Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dan Tuan Hanif Khatri selaku Peguam PPBM, kini kita boleh sahkan 100% SPRM Putrajaya telah melakukan satu tangkapan terhadap suspek bernama Puan Hasnita Shamsuddin, bekas ahli PPBM yang telah memberi sogokan 'dedak' kepada seorang pemimpin PPBM.

Tangkapan dilakukan di dalam satu operasi khas di sebuah hotel di Putrajaya. Pendedak Hasnita telah merasuah Puan Baridah Che Nayan, iaitu Ketua Srikandi Perlis dan ditangkap oleh pegawai SPRM sendiri di tempat kejadian selepas menyerahkan wang tunai sebanyak RM5000 kepada Puan Baridah.


Sebelum ini Pendedak Hasnita sudah pun menyalurkan wang kepadanya melalui bank sebanyak RM5000 dan membuat panggilan telefon untuk menyerahkan lagi RM5000 dan skrip untuk Sidang Media di hadapan ROS. Pada ketika itulah, SPRM telah menangkap Pendedak Hasnita. Penyerahan wang tersebut dilakukan di hadapan Pegawai SPRM sendiri yg menyamar sebagai sepupu mangsa.

Amat menyedihkan apabila sehingga kini SPRM belum membuat pengesahan tangkapan tersebut. Malah suspek pula bebas begitu saja setelah melakukan rasuah dan boleh pula berdemo dihadapan Pejabat ROS semalam.

Admin: Patutlah indeks rasuah jatuh teruk!



SIDANG MEDIA oleh Dato Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM dan Peguam Parti Tuan Haniff membuat pendedahan mengenai Ops Banteras Dedak akan diadakan seperti berikut.



PPBM mendakwa Umno/Bn menjadi dalang disebalik perhimpunan aman mendesak parti itu dibubarkan di hadapan bangunan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) semalam.

Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga mendakwa perhimpunan itu juga telah disertai oleh seorang individu yang telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana cubaan menyogok ahli parti itu 5 Februari lalu.

Ini terbukti bahawa sidang media yang saban hari muncul di TV3 dan aduan kepada ROS sebenarnya dirancang oleh Umno/Bn untuk membatalkan PPBM.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM, di Petaling Jaya pada Jumaat (23 Februari 2018)
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Antara Punca Indeks Rasuah Negara Jatuh Teruk Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top