Katanya, beliau tidak akan menggunakan peluang itu untuk mengutuk menyerang pemimpin tertentu.
“Saya tidak suka bercakap buruk tentang orang. Saya bukan mahu serang individu, saya hendak pemimpin terbaik untuk kita. Saya hendak siapa jadi pemimpin kita, itulah pilihan terbaik kita ada.
“Kita kena fokus apa yang kamu boleh bagi kami (rakyat). Merugikan kalau kempen digunakan dalam PRU14 untuk cerita buruk saja,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Beliau dijangka akan menyertai kempen pilihan raya di Selangor yang bakal menyaksikan pertembungan sengit antara PH dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, beliau telah bertemu dengan pemimpin PH bagi tujuan itu dan akan mengatur masanya untuk berceramah semasa tempoh kempen pilihan raya kelak.
“Saya sudah jumpa beberapa pimpinan. Boleh (ceramah), tiada masalah tapi kenalah ikut masa kerana saya bekerja.
“Ada yang nak suruh ke pantai timur (ceramah) tapi kalau untuk sekali ceramah saja tak dapatlah. Kalau mereka susun ceramah banyak-banyak untuk kita bercakap baru puas hati,” katanya.
Pelakon drama bersiri “Wan Peah” itu menegaskan penyertaannya dalam pakatan bukan untuk menjadi pemimpin politik mahupun bertanding.
Beliau juga enggan menyertai mana-mana parti dan hanya mahu menyampaikan suara dan keluhan sebagai rakyat.
“Sebelum ini sewaktu saya bersama kerajaan, adalah juga pernah kawan-kawan suruh masuk politik bertanding. Tapi bagi saya bukan semua orang boleh jadi ahli politik.
“Sekarang pun tiada niat bertanding. Saya lebih suka berada di belakang tabir membantu ahli politik. Saya juga suka jadi pemberi idea.
“Saya tidak sertai mana-mana parti. Saya cuba mahu perubahan dan pemimpin yang terbaik untuk negara kita,” katanya yang turut popular dengan filem “Hantu Kak Limah Balik Rumah” itu.
Jangan layan undi rosak
Usop turut mengulas mengenai kempen undi rosak yang digerakkan aktivis politik muda di media sosial.
Katanya, “suara-suara sumbang” yang memperjuangkan kempen tersebut tidak harus dilayan sama ada oleh media mahupun masyarakat.

Pelakon filem Usop Wilcha sedia berkempen untuk Pakatan Harapan dalam kempen pilihan raya umum akan datang bagi memastikan gabungan pembangkang itu menguasai Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Februari, 2018.
Katanya, pengundi seharusnya lebih matang dan mengundi untuk memilih parti yang terbaik untuk menerajui Putrajaya.
Itulah cara untuk mengubah kerajaan memandangkan peningkatan kos sara hidup semakin membebankan dengan harga barang yang melambung tinggi, katanya.
“Undi rosak ini, selalunya saya nampak anak muda yang kempen. Mereka ini bercakap seperti orang tiada komitmen. Ada juga mak ayah masih tanggung.
“Mereka ada yang masih belum ada anak, belum berkahwin. Kebanyakan masih bujang. Yang banyak beli sabun kami, kami dah nampak harga barang tinggi. Kita beli barang pasar raya,” katanya.
Kempen dengan tanda pagar #UndiRosak itu dilancarkan di media sosial oleh kumpulan tertentu untuk mempengaruhi golongan pengundi muda bagi merosakkan undi mereka pada PRU akan datang.
Kempen itu mula muncul pada Januari lalu selepas PH menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika menang PRU.
Dalam pada itu, Usop turut menyarankan pemimpin mahupun kerajaan dan pembangkang bekerjasama menyelesaikan masalah kos sara hidup yang membebankan rakyat.
“Apa yang penting dalam sebuah asas negara ialah keselamatan, kesihatan dan pendidikan. Semua perlu bekerjasama demi negara,” katanya. – 25 Februari, 2018.

artikel : www.themalaysianinsight.com

0 comments:
Post a Comment