Latest News

Monday 26 February 2018

Video : DS Mukhriz Kena Serbu Di Ekspo Muafakat Kedah


Pengerusi Pakatan Harapan Kedah yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bersama kepimpinan Pakatan Harapan Kedah semalam membuat kejutan apabila melawat Ekspo Muafakat Kedah 2018.

Dato' Seri Mukhriz hadir tepat jam 11.00 pagi dan nyata mengejutkan pengunjung Ekspo berkenaan kerana ia dianjurkan oleh Kerajaan BN Kedah. 

Peluang bertemu bekas Menteri Besar yang dijatuhkan oleh BN itu tidak dilepaskan apabila ramai pengunjung bergambar dan juga bersalam dengan beliau. 

Disatu sudut Ekspo berkenaan ada diletakkan luahan hati rakyat dan apa rakyat mahu, beberapa keping kertas luahan rakyat turut mendapat perhatian apabila mereka menulis mahu GST dihapuskan, kos sara hidup serta ada yang mahu Mukhriz kembali sebagai Menteri Besar di Kedah dan banyak lagi luahan dari rakyat.

Ternyatalah Ekspo yang dilihat cubaan untuk BN menarik hati rakyat menjelang PRU 14 ini tidak berhasil walau dikhabarkan Ekspo ini menelan belanja jutaan ringgit. 

Ekspo PRU ini juga dilihat memberi hadiah bertuah seperti rumah, kereta dan banyak lagi hadiah-hadiah yang cuba menarik rakyat untuk hadir. 

















  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : DS Mukhriz Kena Serbu Di Ekspo Muafakat Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top