Latest News

Monday 26 February 2018

Turunkan bendera BN jika masih percayakan perjuangan, kata Dr Mahathir


JIKA ahli Umno sekarang masih percayakan matlamat asal perjuangan parti, mereka wajar menurunkan bendera Barisan Nasional dan menggantikannya dengan Pakatan Harapan, kata Dr Mahathir Mohamad.

“Saya berada dalam Umno lebih 50 tahun dan saya boleh kata yang saya sayangkan parti lebih (dalam) berbanding ahli sekarang.

“Dan jika mereka percaya niat asal parti mereka perlu menurunkan bendera BN dalam rumah mereka dan tak berpura-pura mengadakan gotong royong di depan kami pakai baju BN,” kata negarawan berusia 92 tahun itu kepada khalayak hampir 300 orang di Tangga Batu, kawasan Ketua Menteri Melaka Idris Haron.

Sesi Teh Tarik selama sejam bersama beliau dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang di Kampong Tampoi, Melaka apabila 20-30 remaja yang memakai baju BN dan membawa bendera BN berkumpul di padang bertentangan rumah Dr Mahathir dijadualkan berucap.


Sebelum beliau sampai pada jam 6 petang , kumpulan remaja itu mula berarak di padang sambil mengibarkan bendera BN dan “mengutip sampah”.

Awal minggu ini, cawangan Umno setempat juga membuat laporan polis menentang majlis itu.

Bekas presiden Umno selama 22 tahun itu berkata Umno ditubuhkan dengan niat murni memperjuangkan kemerdekaan demi bangsa, agama dan negara tetapi parti itu sudah tersasar jauh daripada matlamatnya kerana diterajui pemimpin yang salah.


Sebilangan hadirin yang mendengar ucapan Dr Mahathir Mohamad di Melaka pada sesi Teh Tarik sebentar tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 25 Februari, 2018.

Berucap di ceramah awam pertama selepas seminggu berehat kerana masalah kesihatan, Dr Mahathir menyalahkan Perdana Menteri Najib Razak kerana menghancurkan Umno.

Negarawan itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 10 Februari lalu kerana masalah kesihatan dan diminta berehat daripada semua aktiviti luar. Beliau dibenarkan keluar hospital pada 15 Februari.

Katanya, Najib merosakkan parti kerana dia percaya “wang adalah raja” dan membayar untuk beli sokongan.

“Tetapi Najib tak cukup duit untuk sogok semua orang. Kerana itu dia tubuhkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) supaya dia boleh curi duit untuk beli sokongan kepadanya.”

Dr Mahathir hanya berucap selama 20 minit kerana beliau perlu menghadiri satu lagi majlis di Alor Gajah malam ini. – 25 Februari, 2018.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Turunkan bendera BN jika masih percayakan perjuangan, kata Dr Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top