Latest News

Tuesday, 27 March 2018

HARAPAN Johor ada nasihat untuk MB, 'cari kerusi yang selamat'




Pakatan Harapan Johor menasihatkan Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin supaya mencari kerusi yang lebih selamat pada PRU-14 akan datang.

"Saya dengar berita dari dalaman Umno MB tengah cari kerusi yang selamat. Nasihat kepada MB pergi kawasan lebih selamat.

"Tapi Khaled pandai dia akan cari kerusi selamat kalau tak, tak boleh jadi Menteri Besar lagi," kata Muhyiddin yang juga pengerusi pakatan harapan Johor.

Khaled dalam kenyataannya sebelum ini yakin bahawa Johor akan kekal menjadi milik BN.
Mengulas mengenai keyakinan itu, pakatan harapan Johor menganggap ia hanya untuk menyedapkan hati sahaja.

"Dia sebagai ketua kerajaan dan Barisan Nasional mesti cakap begitu (yakin menang).

"Kami tahu sokongan kepada BN itu jelas. Diluar bandar dengan tertubuhnya BERSATU sokongan sudah bertambah baik kepada Pakaatn Harapan termasuk dikawasan pendalaman dan Felda.

"Johor yang pernah disebut kubu kuat, Menteri Besar kena akui sekarang tidak lagi," kata Muhyiddin dalam sidang media di Johor hari ini

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: HARAPAN Johor ada nasihat untuk MB, 'cari kerusi yang selamat' Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top