Latest News

Monday 12 November 2018

Dato' Ku Abdul Rahman keluar Umno jadi Adun Bebas


Sidang Dun Kedah hari ini gamat dan terkejut apabila Adun BN Guar Chempedak, Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail diumumkan telah keluar dari Umno dan menjadi Adun Bebas. 

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Kassim telah mengumumkan perkara ini sewaktu Sidang Dun Kedah (Bajet Kedah 2019) bermula dan Dato' Dr Ku Abdul Rahman telah berpindah kerusi ke kerusi Adun Bebas.

Dalam PRU 14 lalu, Dato' Dr Ku Abdul Rahman berjaya mempertahankan kerusi Dun Guar Chempedak dengan kemenangan tipis kepada calon PAS dan PKR. 

Dato' Ku Abdul Rahman pernah dilantik Dato' Seri Hj Mukhriz menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah selepas PRU-13 dahulu sewaktu menjadi Menteri Besar kali pertama. 

Selepas pengumuman ini, BN Kedah hanya tinggal dua kerusi daripada tiga kerusi DUN yang dimenangi dalam Pilihanraya Umum Ke 14 lalu. 

Dua kerusi DUN tersebut adalah DUN Sg Tiang yang dimenangi oleh Dato' Hajah Suraya Yaakob dan DUN Bandar Baharu yang dimenangi oleh Dato' Noorsabrina Mohd Noor. 

- MMFC News 







  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dato' Ku Abdul Rahman keluar Umno jadi Adun Bebas Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top