Latest News

Wednesday 12 December 2018

PROJEK 99 EAST HIDUP KEMBALI SELEPAS 11 TAHUN TERBENGKALAI



Projek Pelancongan 99 East secara rasminya dilancarkan pada Isnin lalu bakal menjadi tarikan baru di Langkawi.

Projek yang tertangguh sejak 11 tahun lalu akan dimulakan dengan fasa pertama melibatkan padang golf 18 lubang dan Forest Estate mengandungi lot vila, apartment dan hotel.


Projek ini menyediakan komuniti resort berintegrasi selain menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia disamping keunikan tarikan tersendiri negara ini.

YAB Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir berkata projek integrasi ini dapat membantu penduduk setempat untuk menambah pendapatan mereka.

"Pelancong yang tinggal di vila akan menyumbang kepada ekonomi setempat seperti membeli barangan di kedai tempatan atau makan di restoran milik tempatan dan secara langsung terlibat dalam aktiviti tempatan."

"Kerajaan negeri Kedah mengambil langkah untuk meningkatkan rekod alam sekitar dan menimbangkan teknologi terkini bagi memulihara khazanah alam yang dianugerahkan kepada kita," katanya ketika merasmikan Projek 99 East.

Turut hadir bersama Dr Mahadi Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PROJEK 99 EAST HIDUP KEMBALI SELEPAS 11 TAHUN TERBENGKALAI Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top