Latest News

Tuesday 14 May 2019

Kedah Catat Jumlah Perdagangan RM37.7 Bilion - Menteri MITI



Hari ini YAB MB Kedah; Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menerima kunjung hormat dari Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) YB Datuk Darrel Leiking dalam sesi lawatan kerja beliau ke negeri Kedah.

Dalam pertemuan ini, membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan perindustrian, pelaburan dan perdagangan diperingkat negeri. Menteri memaklumkan bahawa negeri Kedah pada tahun 2018 telah mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM37.7 bilion dengan nilai eksport RM20.16 bilion.


Export utama adalah peralatan mesin dan pengangkutan, produk makanan dan juga pembuatan barangan yang menyumbang hampir 88% daripada nilai eksport.

Dalam sektor pembuatan pula, jumlah yang diluluskan adalah sebanyak RM2.386 bilion melibatkan 41 projek dalam industri produk mineral bukan logam, kimia, produk kimia dan produk berasaskan plastik.



Sehingga Disember 2018, sejumlah 1,196 projek pelaburan yang bernilai RM52.55 bilion berjaya dilaksanakan. Ia industri yang melibatkan elektronik, produk elektronik, peralatan pengangkutan, produk mineral bukan logam dan produk kimia.

Perbincangan juga menyentuh mengenai usaha yang diambil oleh MITI untuk melaksanakan dasar industri 4.0 yang dijenamakan sebagai Industry4WRD bagi mengukuhkan lagi sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Dalam Sidang Media, Menteri MITI juga memberitahu wartawan bahawa negeri Kedah adalah sebuah negeri yang sesuai dengan pelbagai Industri.

Dalam pada itu, YAB MB juga memberitahu bahawa IKS-IKS di Kedah harus merebut peluang yang ada bersama agensi di bawah MITI kerana peluang yang disediakan cukup banyak.

MB mengucapkan terima kasih kepada Menteri MITI kerana berkunjung ke Kedah, dan membawa masuk pelaburan ke negeri Kedah dan juga Malaysia.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Catat Jumlah Perdagangan RM37.7 Bilion - Menteri MITI Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top