Latest News

Tuesday 14 May 2019

Kedah Harap Kerjasama Dengan Miti Dapat Dipertingkatkan



Dalam sidang media selepas menerima kunjung hormat YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti),YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir berharap kerjasama antara kerajaan negeri dan kementerian dapat dipertingkatkan melalui inisiatif serta insentif yang disediakan kementerian termasuk agensi-agensi di bawahnya.

Semasa taklimat yang disampaikan YB Datuk Darell, beliau memaklumkan bahawa negeri Kedah pada tahun 2018 telah mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM37.7 bilion dengan nilai eksport RM20.16 bilion. Export utama adalah peralatan mesin dan pengangkutan, produk makanan dan juga pembuatan barangan yang menyumbang hampir 88% daripada nilai eksport.

Dalam sektor pembuatan pula, jumlah yang diluluskan adalah sebanyak RM2.386 bilion melibatkan 41 projek dalam industri produk mineral bukan logam, kimia, produk kimia dan produk berasaskan plastik.

Sehingga Disember 2018, sejumlah 1,196 projek pelaburan yang bernilai RM52.55 bilion berjaya dilaksanakan. Ia industri yang melibatkan elektronik, produk elektronik, peralatan pengangkutan, produk mineral bukan logam dan produk kimia.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Harap Kerjasama Dengan Miti Dapat Dipertingkatkan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top