Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri akan berusaha menarik minat syarikat-syarikat berteknologi tinggi yang berpotensi seperti Continental Tyre untuk melabur di KRC.
KRC dirancang dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 600 hektar di Ladang Bukit Ketapang, Padang Terap dengan bertujuan mewujudkan industri berteknologi tinggi berasaskan bahan getah.
Dato' Seri Mukhriz berkata demikian pada perasmian fasiliti terbaharu Mixer 5 di kilang Continental Tyre, Mergong, Alor Setar.
Mixer 5 dapat meningkatkan kualiti tayar yang dihasilkan serta dapat memenuhi permintaan pasaran tayar semasa.
Kilang Continental Tyre beroperasi sejak tahun 1979 ini telah membantu ekonomi setempat dan pelaburan di negeri Kedah.
0 comments:
Post a Comment