Latest News

Thursday 18 December 2014

Menziarahi Keluarga Mangsa Nelayan dilanggar bot laju @MukhrizMahathir


Semalam Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir bersama YB Badrol Hisham dan YB Ali Yahya, sempat singgah di rumah keluarga seorang nelayan yang menjadi mangsa pelanggaran sebuah bot laju.

Allahyarham Hassan Adli dipercayai mati lemas selepas bot fibernya dijumpa rosak teruk oleh orang kampung dan mayat Allahyarham pula ditemui hanyut berhampiran muara perairan Muka Head, Tanjung Tokong.

Kejadian berlaku apabila bot mangsa dilanggar laju oleh bot yang lain, menyebabkan mangsa tercampak ke laut dan rakannya pula cedera dimuka.



Kunjungan Dato Seri Hj Mukhriz amat bermakna, sebagai mengubat duka bagi keluarga Allahyarham yang masih bersedihan atas kejadian tersebut.

Rumah mangsa terletak di KEDA Kampung Tepi Sungai Kuala, Kota Kuala Muda. Kampung keluarga angkat semasa program Mesra Rakyat yang lepas.

DSMM sempat berbual dengan isteri dan anak-anak Allahyarham, bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham bagi meringankan beban yang dipikul.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarham Hassan Adli, semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Menziarahi Keluarga Mangsa Nelayan dilanggar bot laju @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top