Latest News

Thursday 18 December 2014

Parlimen : Peniaga Online Wajib Daftar SSM


Parlimen - Dalam sidang Parlimen semalam, Senator Shahanim Mohamad Yusoff ingin tahu antara langkah kementerian untuk melindungi pengguna dalam urus niaga secara dalam talian pada sesi perbahasan rang undang-undang berkenaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, perkara itu bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.

Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), persidangan Dewan Negara.

"Melalui Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online juga diwajibkan untuk memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 pada persidangan itu.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Parlimen : Peniaga Online Wajib Daftar SSM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top