Latest News

Wednesday 17 December 2014

#PialaAFFSuzuki : Harimau Malaya Sedia Baham Thailand


Malam ini, Pentas final pertama Piala AFF Suzuki 2014 akan berlangsung antara Skuad Harimau Malaya menentang Thailand di laman lawan di Bangkok.

Apa yang kita harapkan ialah Skuad Harimau Malaya mampu mengulanggi aksi terbaik sepertimana mereka tundukan Vietnam minggu lepas di separuh akhir ke dua.

Bertemu lawan yang dianggap pasukan 'terbaik' kempen Piala AFF pada final pertama di Stadium Rajamangala, malam ini, Malaysia berdepan tugas cukup besar, cuba merobohkan ego Thailand di laman mereka sendiri.

Ia tugas yang diakui cukup besar dan berat, malah ada pemerhati bola sepak tempatan yang merasakan keputusan seri sudah dianggap cukup baik buat Malaysia.

Seperti Malaysia yang memenangi kejuaraan empat tahu lalu bersama bekas jurulatih, Datuk K Rajagobal, Thailand pasti lebih mengidamkan kejuaraan apabila sudah 12 tahun gagal menjulangnya sekalipun tiga kali melangkah ke pentas final.

Apa saja yang berlaku, Dollah sudah mencapai sasaran pada kempen Piala AFF kali ini - mara ke perlawanan akhir. Namun, apa yang pasti, bekas penyerang kebangsaan itu tetap mahu trofi idaman bola sepak rantau ini dibawa pulang ke Malaysia.

Dollah Salleh berkata, "Saya fikir kami akan menurunkan pasukan yang sama yang beraksi di separuh akhir kedua. Semua pemain bermain dengan baik dan kami hanya perlu memperbaiki sedikit lagi kekurangan. Harapnya kami dapat melakukan perkara yang sama di Bangkok seperti di Hanoi."

"Saya tidak menjangkakan mereka dapat bermain sebaik itu, ia petunjuk yang baik," kata Dollah yang memuji sumbangan hebat dua pemain veterannya, Shukor Adan yang juga kapten pasukan dan Indra Putra Mahayuddin.

Memberi kelebihan buat Dollah, dia mampu merencanakan apa saja malam ini kerana kesemua pemainnya, termasuk di bangku simpanan bersedia untuk diturunkan malah kebimbangan mengenai keadaan Shukor sudah pun disangkal.

Shukor sebelum ini mengadu kesakitan di bahagian belakang selepas pulang dari Hanoi begitupun menurut doktor pasukan, keadaannya tidak serius.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #PialaAFFSuzuki : Harimau Malaya Sedia Baham Thailand Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top