Latest News

Wednesday 17 December 2014

Kerajaan Kedah Laksana Tuisyen Online Percuma Di Sekolah



Alor Setar - Semasa bercakap pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Kedah, Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan Tuisyen Online Percuma kepada seluruh sekolah di negeri Kedah.

Dalam pembentangan bajet negeri yang lepas kerajaan memperuntukan sebanyak RM18 juta untuk bantu pelajar sekolah dan salah satunya melaksanakan tuisyen online secara percuma.

Tuisyen online ini di berikan pada pelajar sekolah seawal tahun 4 hingga tingkatan 5. Tuisyen ini merupakan perancangan inisiatif pendidikan negeri.

Cuma sekarang ada yang terjejas dan tak dapat dilaksana kerana ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan internet. Namun kerajaan negeri akan berusaha berurusan dengan SKMM dan One Bistari Net bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kerajaan Kedah juga mempunyai sasaran menjadi antara 5 negeri terbaik di dalam negara dalam bidang pendidikan. Sebab itu kerajaan Kedah memandang serius dan mahu tuisyen online dilaksanakan disemua sekolah di Kedah secepat mungkin.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Laksana Tuisyen Online Percuma Di Sekolah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top