Latest News

Sunday 15 February 2015

DS Mukhriz Hargai Penyumbang Bantuan Rumah Mangsa Banjir Manik Urai


Semasa di sidang media majlis menyampaikan sijil penghargaan kepada para penyumbang bantuan untuk projek rumah sementara mangsa banjir Kampung Karangan, Manik Urai.

YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir berkata, beliau bersama kerajaan negeri membuat perancangan untuk membuat rumah sementara di Kampung Karangan. Pada mulanya beliau sendiri agak risau dengan kemampuan kewangan Kerajaan negeri Kedah.

Tapi dengan sokongan dan pertolongan dari pelbagai pihak GLC, swasta, NGO dan orang ramai, usaha tersebut menjadi lancar dan perancangan rumah terbabit dibantu oleh semua pihak.

Untuk menjayakan perancangan kita itu, kelengkalan peralatan diperlukan, tenaga kerja juga tiada masalah. Malah Kedah diantara negeri yang tercepat memulakan kerja pembinaan rumah sementara. Kini 18 biji rumah sudah siap, baki yang lain tapak sudah ada (dikenalpasti), cuma tunggu masa untuk dibina.

Oleh itu pagi tadi Kerajaan negeri membuat majlis khas untuk meraikan para penyumbang yang membantu Kerajaan dalam projek rumah sementara pada mangsa banjir di Kampung Karangan manik urai.

Terima kasih pada penyumbang, biar jasa jadi kenangan. Allah SWT sahaja dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DS Mukhriz Hargai Penyumbang Bantuan Rumah Mangsa Banjir Manik Urai Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top