Latest News

Sunday 15 February 2015

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN Kedah Ditangguh Ke 2 Mac


Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Kedah yang bakal menggabungkan dua parti komponen, Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan MCA buat julung kalinya telah ditunda kepada 2 Mac akan datang.

Timbalan Pengerusi MCA Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong berkata rumah terbuka itu sepatutnya diadakan 20 Feb ini tetapi terpaksa ditunda atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan.

"Hanya tarikh sahaja yang terpaksa ditunda manakala persiapan lain masih sama. Saya mohon maaf kerana terpaksa menunda tarikh sambutan memandangkan tarikh asal hampir tiba," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini Ahad.

Bertemakan 'Tahun Baru Aman Makmur 2015', rumah terbuka itu akan bermula dari 3 petang hingga 7 malam bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir di Seri Mentaloon di sini.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN Kedah Ditangguh Ke 2 Mac Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top